Kesihatan para pemogok lapar semakin teruk

Khamis, 19-04-2012 – Satu kumpulan hak asasi manusia mendakwa rejim Israel bertanggungjawab terhadap kehidupan dua pemogok lapar yang kesihatannya semakin merudum.

Kumpulan Muhjat Al-Quds berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa Thaer Halahle dan Bilal Dhiab telah susut 18 kilogram setelah mogok lapar 49 hari. Ia berkata bahawa kedua-dua tahanan tersebut telah mengkritik pengurusan hak jagaan tanpa perbicaraan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati