Syeikh Shalah: Kunjungan ke Al Aqsa Sama Sahaja Menyerahkannya kepada Israel

Selasa, 24-04-2012 – Ketua gerakan Islam di dalam wilayah Palestin 48, Syeikh Raed Shalah menegaskan bahawa kunjungan sebahagian tokoh dan ulama dari negara-negara Islam dan Arab ke masjid Al-Aqsa, penjajah Israel berusaha mencipta tindakan yang sia-sia daripada perilaku umat Islam, Arab dan Palestin terhadap Masjid Al-Aqsa dan berusaha meletakkan semua pihak dalam keadaan yang berbahaya dan akhirnya Israel satu-satunya yang beruntung.

Raed Shalah menambah, kunjungan-kunjungan tokoh Islam dan Arab ke Masjid Al-Aqsa sama ertinya mengaku kewujudan penjajah Israel serta mengiktiraf kedaulatan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan kota Al-Quds. Beliau menegaskan bahawa yang sepatutnya semua tekanan yang sah diarahkan daripada umat Islam dan Arab untuk menghilangkan penjajah Israel dari Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa. Maka pada ketika itu umat Islam bebas melakukan kunjungan di bawah kedaulatan Islam, Arab dan Palestin yang merdeka.

Sebelumnya, Syeikh Ali Jumaah, mufti Mesir berkunjung ke Masjid Al Aqsa dengan ditemani oleh wakil Jordan, Rabu. Sebelumnya, kunjungan yang sama dilakukan oleh pendakwah Yaman iaitu Syeikh Habib Al-Jufri. Kunjungan ini mendapat sambutan dan sokongan dari Israel. Bahkan Israel memberikan kawalan terhadap kunjungan itu.

sumber : COMES
penterjemah : Osman