Hamas tidak benarkan lawatan Mufti Mesir ke BaitulMaqdis

Selasa, 24-04-2012 – Timbalan pengerusi biro politik Hamas, Dr. Mousa Abu Mazouk telah menjelaskan tentang lawatan Mufti Mesir, Ali Juma’a ke BaitulMaqdis sebagai pengiktirafan kepada pengawalan pihak Isreal.

Beliau menulis di laman Facebooknya Khamis lalu yang lawatan itu membawa maksud menormalisasikan hubungan dengan pihak penjajah. Abu Marzouk meminta agar para ulama’ Mesir untuk menolak lawatan itu kerana ia merupakan satu fatwa yang praktikal untuk melawat kota suci walaupun masih di bawah penalukan Israel.

Pemimpin Hamas berkata bahawa lawatan Mufti ke Baitulmuqaddis dan masjid Al-Aqsa itu amatlah dikesali dan memberi gambaran salah bahawa Israel telah membenarkan kebebasan beragama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul