Mingguan PCHR: “Tentera Melakukan 56 Pencerobohan ke Tebing Barat, 1 di Gaza”

Khamis, 26-04-2012 – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR), bertempat di Gaza, menerbitkan laporan mingguan tentang pencabulan Israel terhadap rakyat Palestin di kawasan penempatan mereka bagi tempoh antara 15-21 Mac, 2012, mendedahkan bahawa tentera Israel melakukan 56 pencerobohan ke atas masyarakat di Tebing Barat dan pencerobohan terbatas di Gaza; kecederaan dan kerosakan dilaporkan.(Pautan ke Laporan Komprehensif dalam bahasa Inggeris dimasukkan pada akhir laporan ini)

Semasa pencerobohan ini berlaku, askar-askar Israel menculik 8 orang rakyat di kawasan penempatan, termasuk tiga kanak-kanak dan seorang wanita. Lima orang rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, telah diculik oleh tentera Israel yang ditempatkan di pelbagai sekatan jalan raya di Tebing Barat. Semenanjung Gaza masih di bawah pengepungan maut, dan kekal diasingkan daripada selurauh dunia walaupun tuntutan Israel meringankan pengepungan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : saiful