Ayalon: “Kami Tidak Akan Benarkan Ahli Jawatankuasa PBB ke Negara Itu”

Khamis, 26-04-2012 – Timbalan menteri Luar Israel, Danny Ayalon, menyatakan pada Ahad lalu bahawa Israel tidak akan bekerjasama dengan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan jawatankuasa siasatannya, dan tidak akan membenarkan ahli-ahli jawatankuasa untuk memasuki negara ini, Laman Web Berita Arabs48 melaporkan.

Ayalon mendakwa bahawa jawatankuasa ini bermotifkan politik, dan tidak mempunyai nilai-nilai moral atau politik yang sebenar, sambil menambah “tidak ada keperluan untuk bekerjasama dengan jawatankuasa ini, sebagai kesimpulan yang telah ditetapkan” menurut Ayalon.

Pada hari Khamis yang lalu, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), telah meluluskan resolusi yang mengarahkan penyiasatan pertama terhadap kesan aktiviti penempatan haram Israel ke atas hak-hak rakyat Palestin.

Resolusi tesebut telah lulus dengan 36 undi, manakala 10 buah negara anggota tidak hadir. dan Amerika Syarikat mengasingkan diri sebagai satu-satunya negara yang menentang undian.

sumber : IMEMC News
penterjemah : saiful