Gaza perlukan bekalan perubatan dan ubat-ubatan

Khamis, 26-04-2012 – Dr Munir al-Barsh, Ketua Pengarah Farmasi di Kementerian Kesihatan berkata pihak berkuasa kesihatan Gaza mengumumkan beberapa rekod ubat-ubatan dan bekalan perubatan telah habis sepenuhnya dan keadaan menjadi semakin buruk akibat kepungan Israel.

Beliau melaporkan 218 bekalan perubatan dan 186 ubat-ubatan telah kehabisan stok seterusnya memberi amaran dari bencana sebenar dalam sektor perubatan terutamanya sektor nurseri dan pembedahan. Barsh menuduh pihak berkuasa PA di Ramallah kerana menyertai kepungan yang dikenakan oleh Israel ke atas Gaza dengan tidak menghantar ubat-ubatan dan barangan perubatan ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz