Rejim Israel musnahkan telaga-telaga di utara Al-Khalil

Khamis, 26-04-2012 – Pihak berkuasa rejim Israel musnahkan telaga-telaga di bandar Halhoul utara Al-Khalil di Tebing Gaza pada pagi Isnin atas alasan ia dibina tanpa kebenaran.

Pusat Penyelidikan Tanah, berkata dalam kenyataan akhbar bahawa tentera dan pentadbiran rejim Israel menyerbu kawasan-kawasan di selatan bandar Halhoul pada pagi ini dan memulakan pemusnahan telaga-telaga yang telah dibina 6 bulan lalu bagi mengairi tanah-tanah.

Pusat itu menyatakan bahawa telaga-telaga milik Bassam Gehchen dan Ali Hamdan al-Atrash itu dibiayai Konsulat Perancis dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kesatuan Kerja Pertanian. Isipadu setiap telaga mencapai 100 meter persegi dan setiap satunya mengairi 10 ekar kawasan tanaman anggur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati