Komuniti Perubahan dan Reformasi: serbuan ke atas Masjid Aqsa wajar diberi perhatian serius

Khamis , 24/05/2012 – Komuniti Perubahan dan Reformasi mendakwa rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya kerana membenarkan dan melindungi para pendatang ketika serbuan ke atas Masjid Aqsa.

Komuniti itu berkata dalam kenyataannya pada Ahad, bahawa rejim Zionis terus menerus melakukan jenayah ke atas rakyat Palestin, tanah mereka dan tempat-tempat suci. Pendatang Zionis menyerbu datara Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di bawah perlindungan rejim sebagai usaha menguatkan status kononnya ia ialah kuil. Serangan berulang ke atas Masjid Aqsa itu mendedahkan niat jahat mereka untuk memusnahkan dan membina kuil di tapak tersebut.

Kenyataan itu turut menambah bahawa serangan berterusan oleh pendatang ke atas Masjid Aqsa wajar mencetuskan waspada terhadap rancangan Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati