Dua remaja Palestin cedera parah ditembak tentera Zionis

Khamis , 24/05/2012 – Seorang remaja Palestin cedera parah berhampiran Gush Etzion di Utara Al-Khalil selepas pasukan tentera Zionis (IOF) melepaskan tembakan ke arahnya.

Sumber-sumber perubatan berkata bahawa remaja berusia 17 tahun, Salah Zaghir cedera parah di bahagian abdomen selepas seorang askar Israel melepaskan tembakan ke arahnya berhampiran perhentian bas selepas “mengesyaki” bahawa beliau membawa pisau dan akan menggunakannya untuk menikam peneroka.

Sumber-sumber lain berkata bahawa IOF menutup jalan Bethlehem-Al-Khalil dan membawa remaja tersebut ke hospital Hadassah di mana keadaan beliau telah digambarkan sebagai “serius”, tetapi menafikan bahawa beliau telah mati.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul