Tadamun: Tahanan menderita sakit teruk

Khamis , 24/05/2012 – Pertubuhan Antarabangsa Hak Asasi Manusia Tadamun berkata, seorang tahanan wanita, Lina Al-Jerboni sedang mengalami radang pundi hempedu yang mengakibatkannya sakit teruk sepanjang masa.

Jurucakap bagi Pertubuhan Tadamun, Ahmad Betawi mengatakan bahawa Jerboni, seorang tahanan di penjara Hasharon telah dipindahkan beberapa hari lalu ke hospital Israel bagi membuat rawatan perubatan dan telah dihantar kembali ke penjara tanpa ada peningkatan dalam kesihatannya. Betawi berkata hospital tersebut telah menunda pembedahan Jerboni sehingga radang tersebut hilang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : izzati