Penyelidik: 66% penduduk Jerusalem diancam dipindahkan

Isnin, 28-05-2012 – Seorang penyelidik berketurunan Palestin mendedahkan bahawa lebih 2/3 daripada penduduk Jerusalem berhutang dengan pelbagai pertubuhan dan jabatan milik rejim Zionis.

Aktivis dan penyelidik terbabit, Fakhri Abu Diab, berkata bahawa data rasmi rejim Zionis menunjukkan bahawa terdapat lebih 43, 000 fail hutang yang tersimpan di jabatan pemungut hutang rasmi milik rejim Zionis, yang dianggarkan bernilai berpuluh-puluh juta shekel.

Dalam satu kenyataan media pada Sabtu lalu, Abu Diab mendedahkan yang 9,300 fail hutang terbabit telah dikenakan terhadap penduduk Jerusalem kononnya sebagai bayaran cukai kepada rejim Zionis serta Jabatan Insuran Kebangsaan. Jumlah ini tidak termasuk 15,000 fail lagi yang mengandungi hutang-hutang yang tinggi nilainya kepada Majlis Perbandaran Jerusalem yang dimiliki oleh rejim Zionis. Ini menunjukkan lebih daripada 2/3 penduduk Jerusalem ‘mempunyai hutang’ yang banyak untuk dilangsaikan kepada jabatan rasmi milik rejim Zionis, kata Abu Diab.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa