Barhoum Perjuang Intifada 3 Demi Pertahan Aqsa dan Tanah Suci

Isnin, 28-05-2012 – Jurucakap Hamas di Gaza, Fawzi Barhoum mendakwa, peneroka Yahudi telah menyerang Masjid Aqsa pada Ahad lepas, sejajar dengan perang agama yang dicetuskan oleh Kerajaan Pendudukan Israel bagi menentang rakyat Palestin.

Barhoum memberitahu PIC, kunjungan berulangkali oleh pegawai-pegawai Arab muslim ke Masjid Aqsa memberikan pengesahan kepada kerajan tersebut dan menegaskan bahawa serangan tersebut akan diikuti dengan jemputan PA kepada orang Arab muslim diluar Palestin untuk berkunjung ke tempat suci tersebut.  Beliau berkata, serangan -serangan tersebut mencerminkan sifat ekstrimis dan berbahaya oleh kerajaan campuran Israel yang baru.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda