Rejim meneruskan penindasan di Al-Khalil

Isnin, 28-05-2012 – Tentera rejim Israel (IOF), pada Rabu telah menghalang seorang rakyat Palestin dari kem Fawwar selatan Al-Khalil daripada memasuki tanahnya yang berhampiran kawasan Al-Majnouna yang telah dirampas oleh pendatang-pendatang Yahudi.

Saksi memberitahu PIC bahawa tentera rejim menegah seorang warga dari keluarga Hatab di kem daripada memasuki tanah sendiri di mana mereka telah dihalau tanpa sebab.

Tindakan itu merupakan susulan daripada keputusan menteri perang Israel Ehud Barak untuk memberikan kawasan Al-Majnouna kepada jawatankuasa penempatan di Al-Khalil untuk membina penempatan di situ.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati