Resheq mengutuk Knesset kerana meluluskan undang2 penempatan haram Zionis.

Isnin, 28-05-2012 – Anggota biro Politik Hamas Ezzet Al-Resheq membidas Parlimen Israel (Knesset) kerana meluluskan undang-undang yang menggalakkan aktiviti penempatan di Tebing Barat yang diduduki.

Undang-undang yang diluluskan itu memberi kemudahan untuk membina pusat kawalan penempatan baru dan meluaskan penempatan yang telah sedia ada. Resheq dalam satu kenyataan dalam laman Facebook beliau pada hari Rabu lalu berkata undang-undang sedemikian akan memberi kuasa untuk mencuri tanah daripada pemilik asal dan menyisihkan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz