Zughayar Beritahu Kejadian Sebenar Sebabkan Beliau Cedera Parah

Isnin, 28-05-2012 – Tahanan warga palestin berusia 18 tahun, Muhammad Salah Zughayar, dari penempatan bandar Al-Khalil, mendedahkan butiran kejadian yang menyebabkan kecederaan parah padanya, dan sesetengah laporan yang menyatakan kesyahidan beliau.

Peguam Persatuan Tahanan Palestin (PPS) Mufeed al-Haj yang melawat Zughayar di hospital Hadassah dekat Barat Baitulmaqdis berkata, tahanan muda tersebut memberitahu dia tidak ditembak seperti mana yang dilaporkan oleh sesetengah pengamal media, sebaliknya diserang dengan pisau oleh beberapa orang askar Israel yang menikamnya dibahagian perut dari bawah hinggalah ke atas.

Peguam tersebut mengesahkan Zughayar telah menjalani pemebedahan di hospital bagi menjahit luka dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Beliau menambah, Zughayar telah didaftarkan sebagai orang tanpa nama di hospital Hadassah dimana dia berada dibawah tahanan polis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda