Haneyya: Keputusan pemilihan bakal Presiden Mesir adalah sangat penting untuk Palestin

Isnin, 28-05-2012 – Perdana Menteri Gaza, Ismail Haneyya berkata bahawa keputusan pilihan raya presiden Mesir akan menentukan masa depan Palestin.Beliau berkata dalam satu kenyataan bahawa keputusan itu juga akan memberi kesan ke atas peranan dan kedudukan seluruh negara Arab dan Islam di masa hadapan. Beberapa warga Palestin berpendapat bahawa Presiden Mesir yang akan datang akan menjadi penyokong kuat kepada kebebasan dan kemerdekaan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul