Israel Setuju Bebaskan Zuhair Lubadah

Isnin, 28-05-2012 – Pihak otoriti penjajah Zionis Israel, Rabu (23/5), memutuskan pembebasan tawanan Zuhair Lubadah yang berasal kota Nablus, wilayah utara Tebing Barat, kerana keadaan kesihatannya yang semakin teruk.

Rasyid Lubadah, anak mangsa menyebutkan bahawa pihak kehakiman militan Israel telah memutuskan mengadakan sidang pengadilan di Barak Salem di barat kota Jenin Khamis (24/5) terhadap ayahnya dan segera membebaskannya. Beliau menjelaskan bahawa keputusan ini setelah ada permohonan oleh peguam ayahnya dan meminta agar Lubadah segera dibebaskan kerana keadaan kesihatannya sangat teruk. Keputusan membebaskannya disepakati oleh dewan pengadilan dan kehakiman Israel dengan jaminan wang.

Rasyid menambah bahawa ayahnya mengalami masalah buah pinggang, radang hati dan barah paru-paru serta dalam keadaan separa sedar. Beliau dipindahkan dari hospital penjara Israel Ramleh, di mana dia ditahan sebagai tahanan politik, ke hospital Assaf Harovih untuk menjalani rawatan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman