Tentera, pegawai rejim Zionis cedera di sempadan Gaza

Isnin, 28-05-2012 – Seorang tentera dan seorang pegawai rejim Zionis mengalami kecederaan berdekatan sempadan Gaza pada Rabu lalu apabila sekumpulan pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah tentera peronda.

Sumber daripada tentera rejim Zionis memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa hanya mengalami cedera ringan dalam kejadian yang berlaku berhampiran pagar sempadan kem tentera Kissufim itu. Katanya lagi, kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Soroka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa