Tahanan Jordan, Abu Saidah diserang atas cubaan membunuh di penjara Zionis

Isnin, 28-05-2012 – Amman-Markaz Maklumat Palestin menyatakan keluarga tahanan Jordan, Mar’i Abu Saidah bahawa anaknya, yang ditahan sejak hampir 9 tahun telah diserang atas cubaan membunuh di penjara Zionis pada 24 April.

Ibu Abu Saidah dan mahkamah mengesahkan kepada 11 wartawan Markaz Maklumat Palestin di Amman pada Rabu ( 23 Mei) bahawa beliau mempunyai maklumat yang jelas tentang kesihatan anaknya yang cedera, pihak berkuasa Zionis tidak memindahkannya ke mana-mana hospital dan menghalang mana-mana organisasi atau Palang Merah untuk memeriksa kesihatan beliau.

Dia berkata lagi “tahanan tersebut menjadi mangsa cubaan membunuh oleh pegawai di penjara di mana beberapa orang daripada mereka memukul dengan kuat kepalanya menggunakan senapang yang mengakibatkannya pengsan dan mengalami masalah kesihatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati