Pihak berkuasa tenaga: bekalan bahan api ke Gaza semakin berkurangan

Sabtu , 07-07-2012 – Pihak berkuasa sumber tenaga dan asli di Gaza telah memaklumkan bahawa jumlah bahan api yang dibekal untuk stesen janakuasa elektrik telah dikurangkan secara drastik baru-baru ini.

Pihak berkenaan itu berkata dalam kenyataannya pada Selasa, bahawa pihak berkuasa Mesir dan rejim Israel membenarkan cuma sejumlah 100,000 liter bahan api ke Gaza sedangkan satu-satunya stesen janakuasa itu memerlukan 500,000 liter sehari untuk beroperasi sepenuhnya. Ternyata, penghantaran kapal berisi bahan api oleh Gaza yang didermakan oleh Qatar adalah amat diperlukan ketika musim panas di Gaza di mana lebih banyak tenaga digunakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati