Abu Marzouk: Usaha damai adalah untuk manfaat Palestin, Mesir dan Arab

Isnin , 16-07-2012 – Timbalan Ketua Biro Politik, Pegerakan Islam Hamas, Moussa Abu Marzouk, mengesahkan pergerakan itu menggantung pendaftaran pengundi di Gaza bertujuan untuk memulakan pendaftaran Majlis Kebangsaan Palestin selari dengan pilihan raya presiden dan legislatif dan bagi mewujudkan suasana yang bersesuaian untuk Jawatankuasa meneruskan tugasnya.

Abu Marzouk menafikan kenyataan akhbar al-Quds al-Arabi yang berpangkalan di London ketika disiarkan Isnin lalu dengan menyebut penggantungan pendaftaran pengundi di Gaza dibuat kerana keputusan terbaru pilihan raya presiden Mesir . Beliau menambah: “Kita akan bekerjasama dengan saudara-saudara kita di Mesir dan presiden yang baru dipilih untuk mengatasi halangan-halangan ini” bagi melaksanakan perdamaian kerana ia adalah untuk kebaikan Palestin, Mesir dan Arab.

Berkenaan dengan penyiasatan terhadap kematian pemimpin Hamas, ‘Kamal Ganajah di Damsyik, Abu Marzouk berkata hasil siasatan yang dijalankan oleh pergerakan itu mengesahkan Ganajah telah mati akibat lemas oleh asap yang dikeluarkan dari penjana elektrik di rumahnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

1 thought on “Abu Marzouk: Usaha damai adalah untuk manfaat Palestin, Mesir dan Arab

Comments are closed.