Mishaal Bertemu Morsi

Isnin , 23/07/2012 – Presiden Mesir, Mohammed Morsi dijadualkan bertemu pengerusi biro politik Hamas, Khaled Mishaal di Kaherah, Khamis.

Ahli biro politik Hamas, Ezzet Al-Resheq membuat kenyataan di dalam laman Facebook miliknya bahawa Mishaal akan mengetuai deligasi Hamas pada pertemuan tersebut.

Naib pengerusi biro politik Hamas, Dr.Mousa Abu Marzouk memberitahu PIC pada hari Rabu yang lepas, pertemuan tersebuat bertujuan untuk mengucapkan tahniah atas kemenangannya pada pilihanraya yang lalu. Beliau tidak menyebut bahawa beberapa isu Palestin akan dibincangkan semasa pertemuan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : huda