Tentera rejim Israel (IOF) buat serbuan terhad ke atas Gaza

Isnin , 23/07/2012 – Tentera rejim Israel (IOF) membuat serbuan skala kecil pada subuh Rabu di Semenanjung Gaza, timur kejiranan Al-Zeitoun serta melepaskan tembakan. Sumber tempatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa sejumlah tangki Israel dan kenderaan berperisai muncul selepas tengah malam pada jarak 100 meter ke timur Gaza dan memusnahkan kawasan pertanian. Helikopter dan drone Israel memberikan panduan dari udara untuk rejim melakukan pencerobohan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati