Pendatang Yahudi membina 5 rumah dekat Bethlehem

Khamis , 26-07-2012 – Sejumlah pendatang Yahudi membina lima rumah pasang siap di Bukit Hamdeen dekat bandar Khader di wilayah Bethlehem pada petang Sabtu.

Ketua jawatankuasa perlindungan tanah di Khader, Ahmed Salah berkata terdapat lebih kurang 20 pendatang Yahudi menghuni rumah-rumah itu untuk membina penempatan mereka yang terletak beberapa meter dari kediaman rakyat Palestin di kejiranan Al-Rukba. Salah menambah bahawa pendatang-pendatang itu menyediakan kelengkapan untuk rumah-rumah di bawah perlindungan ketenteraan yang teliti.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati