Askar Rejim Zionis tahan 59 rakyat Palestin minggu lalu

Khamis , 26-07-2012 –   Pusat Perlindungan Tahanan Palestin (PCDD) telah mengesahkan tentera Zionis Israel (IOF) telah menahan 59 rakyat Palestin di sekitar bandar dan kampung Tebing Barat minggu lepas.
PCDD, yang mengeluarkan kenyataannya pada Sabtu lalu mengesahkan kebanyakan 59 rakyat Palestin yang ditangkap adalah dari bandar Al-Khalil, selatan Tebing Barat. Ia menambah antara yang ditangkap adalah Wafa Shamasnah, isteri tahanan dari Qalqilia dan Ahli Parlimen Ramallah, Ahmed Mubarak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah :  hijjaz