Israel Protes PBB Gunakan Nama Pejuang Palestin untuk Sekolah di Gaza

Khamis , 26-07-2012 – Kementerian Luar Negeri Zionis Israel mengirim surat protes secara rasmi kepada PBB atas tindakan salah satu badan program pembangunan PBB yang menggunakan nama pemimpin gerakan Hamas Adnan Gul sebagai nama sekolah yang dibangun PBB di Semenanjung Gaza. Israel mendakwa Adnan Gul bertanggungjawab atas pembunuhan 32 orang Zionis.

Media Israel menjelaskan bahawa Kementerian Luar Negeri Zionis Israel mempersoalkan dalam suratnya, “Apakah badan-badan organiasi antarabangsa di Gaza memberikan sanjungan dan pujian kepada para perosak.”
Sekolah yang baru-baru ini dirasmikan di daerah tengah Semenanjung Gaza, yang dibiayai oleh pemerintah Libya, diberi nama asy Syahid Adnan Gul. Beliau merupakan pemimpin tentera gerakan Hamas.
Program Pembangunan PBB menolak tuduhan Israel tersebut. Pihaknya menyatakan hanya turut hadir dalam peletakan batu asas sebagai tugasnya dalam mendokong program untuk rakyat Palestin. Setelah selesai pembangunan, pihaknya menyerahkan sekolah tersebut kepada kementerian pendidikan di Semenanjung Gaza, tidak ada hubungannya sama sekali dengan penggunaan nama-nama pada sekolah dan tidak terlibat pula dalam upacara pembukaan dan perasmiannya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman