Bardawil: Hamas tidak akan melepaskan mana-mana bahagian tanah Palestin

Khamis , 26-07-2012 – Hamas menafikan berita yang dilaporkan oleh akhbar berbahasa Arab, Al-Hayat yang berpangkalan di London pada Ahad lalu yang mendakwa Hamas telah menimbang untuk mengisytiharkan Gaza sebagai entiti bebas dan terpisah daripada Palestin, sambil menjelaskan tuduhan palsu seperti itu cuba mencalarkan imej pergerakannya.

Pemimpin Hamas, Dr Salah Al-Bardawil memberitahu Quds Press laporan berita itu yang disebarkan oleh musuh Hamas seolah-olah menunjukkan pergerakan Islam itu mengasingkan perjuangan rakyat Palestin.

“Ini adalah rekaan semata “, kata Bardawil sambil mencatatkan Hamas sering membayar harga yang tinggi untuk mempertahankan tanah Palestin dan hak mereka untuk kembali.

sumber : COMES
penterjemah : hijjaz