Dweik: Rundingan mesti dilakukan sebelum pilihanraya

Selasa , 31-07-2012 – Jurucakap Jawatankuasa Parlimen Palestin, Prof Aziz Dweik menyelar pihak berkuasa Palestin kerana tergesa-gesa ingin mengadakan pilihanraya tanpa menjamin garis panduan dalam hal kebebasan bersuara, peluang yang sama rata, ketelusan dan keadilan.

Bercakap ketika temuramah yang disiarkan di televisyen pada Selasa, Dweik berkata, perkara paling bijak yang sepatutnya dilakukan adalah melaksanakan rundingan tentang perbezaan di kalangan rakyat Palestin sebelum mengadakan pilihanraya.

“Pilihanraya hanya boleh dilakukan sebagai hasil rundingan, ia bukannya sebagai pengganti kepada rundingan”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati