Keadaan kesihatan tahanan semakin teruk akibat kecuaian perhatian perubatan

Rabu , 01-08-2012 – Keluarga seorang tahanan dari Tubas menyatakan bahawa anaknya menderita sakit yang teruk pada mata dan menyebabkan kehilangan penglihatan secara beransur-ansur akibat daripada layanan tidak adil oleh pihak pentadbiran penjara Israel.

Keluarga itu menyatakan bahawa anak lelakinya, Yahya Hafedh Daraghmeh dijatuhkan hukuman penjara 22 tahun di penjara Megiddo dan sedang menderita beberapa penyakit termasuk sakit teruk pada mata yang boleh mengakibatkan buta.

Tahanan tersebut mula menderita bengkak gusi dan gigi akibat tidak mendapat layanan perubatan, keluarganya menambah dan mendakwa pentadbiran penjara Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati