Wanita Palestin dimasukkan ke hospital selepas serangan penjajah rejim zionis.

Isnin , 13-08-2012 – Seorang wanita Palestin dari Al-Khalil telah dimasukkan ke hospital selepas sekumpulan penjajah Yahudi membaling batu di selatan bandar pada petang Rabu.

Sumber keselamatan Akhbar Quds bahawa penjajah Yahudi Kiryat Arba membaling batu pada seorang wanita Palestin berusia 28 tahun. Mereka berkata bahawa wanita itu mengalami kecederaan di kepala dan telah dibawa ke hospital kerajaan Al-Khalil di mana keadaannya agak stabil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada