Ikhwan Tidak Akan Terima Mesir Sekat Gaza

Rabu , 15-08-2012 – Jurucakap Ikhwanul Muslimin di Mesir, Dr. Mahmud Gazlan, menegaskan bahawa jamaahnya tidak mungkin menerima sekatan yang mencekik Semenanjung Gaza. Beliau menegaskan pentingnya tidak menghukum penduduk Semenanjung Gaza akibat kejahatan kumpulan “sesat”.

Gazlan memberi kenyataan terhadap perang yang mulai dilancarkan terhadap terowong yang menghubungkan antara Mesir dan Semenanjung Gaza. Beliau mengatakan, “Kami tidak boleh menerima hal itu menjadi alasan untuk memperketat sekatan terhadap Semenanjung Gaza. Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza tidak sewajarnya dihukum akibat perbuatan kumpulan sesat dan tindakan teroris yang dilakukan sekelompok orang yang sebahagian besarnya dari Sinai.”  Beliau menambah, “Kami tidak akan menyekat Gaza. Mereka adalah saudara kami. Hubungan kami dengan mereka cukup istimewa. Sama sekali tidak sewajarnya kami menghukum mereka kerana kajahatan kelompok teroris. Kami ada berhubung dengan para pegawai kerajaan di Semenanjung Gaza untuk mengatasi kesan aksi teroris ini.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman