Ucapan Salam Lebaran ‘Idul Fitri Dari Warga Kerja Palestinkini

 

 

“Eid mubarak! selamat kembali kepada fitrah, semoga semangat ramadhan diteruskan hingga ke akhir hayat insya Allah. sama-sama kita berdoa agar seluruh umat Islam bersatu di atas jalan yang diredhaiNya seterusnya kembali bangkit menjadi umat gemilang, wassalam”

Idawati

Assalamualaikum,
Saya ingin mengucapkan Salam Eid Mubarak kepada semua pelawat laman Palestinkini.
Diharapkan semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu erti kepada semua muslimin dan muslimat.
Teruskan doa untuk kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin.
Akhir kalam, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Husna,
Durham, UK

Assalamualaikum,
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Keluarga, sahabat yang mengenali diri yang tak terkenal ini, dan juga sidang kerja Palestinkini yang bertungkus lumus dalam menyampaikan berita tentang Palestin tanpa mengira penat dan lelah. Selamat hari raya, jangan makan banyak-banyak 🙂

Huda Sulaiman,

Selamat Hari Raya… Semoga kita menjadi hamba yang bersyukur atas segala kurniaanNya diterima amalan kita dan dapat kembali kepada fitrah yang suci…. Ameennn…. Mohon Maaf Zahir dan Batin

Norshuhada Samudin

Salam Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita beroleh darjat taqwa dari madrasah Ramadhan. Dalam bergembira di hari raya jangan lupa saudara seakidah kita yang sedang diuji khususnya di Palestin, Syria dan Rohingya. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamd.

Osman Rasip