Abu Marzuq: Pidato Abbas Menyokong Israel

Rabu , 12-09-2012 – Wakil Ketua Biro Politik Hamas Dr. Musa Abu Marzuq mengecam pidato Presiden Otoriti Palestin, Mahmud Abbas tentang perpaduan. Abu Marzuq mengatakan, “Itu pidato yang tidak sesuai dan mendorong ke arah yang tidak dipersetujui serta membantu rancangan penjajah Israel.”

Abu Marzuq menegaskan bahawa tunjang perpaduan dan persatuan nasional adalah penentuan projek nasional serta pimpinan baru nasional dan kerangkaanya adalah Organisasi Pembebasan Palestin (PLO).

Beliau menambah, “Apa yang harus kita lakukan adalah membentuk dewan nasional terlebih dahulu melalui pilihanraya di Semenanjung Gaza dan Tebinbg Barat, seboleh mungkin”

Abu Marzuq menegaskan bahawa Tebing Barat diduduki Israel dan Semenanjung Gaza disekat. Kewajiban kelompok nasional adalah membebaskan Tebing Barat dan melawan penjajah serta membebaskan sekatan Semenanjung Gaza dan Otoriti Palestin memperkuatkannya. Beliau menambah, “Alangkah baiknya jika Abbas berpindah ke Semenanjung Gaza serta mengumumkan strategi baru Palestin yang menghimpun semua kekuatan.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman