Rejim Zionis tangkap rakyat Palestin termasuk seorang lelaki cedera

Jumaat , 21-09-2012 – Tentera Zionis Israel telah melancarkan serbuan pada subuh Selasa di bandar dan kampung serta beberapa tempat di Tebing Barat yang diduduki sambil menahan sembilan penduduk Palestin.

Sumber Israel tentera berkata mereka menahan orang yang disyaki terlibat dalam serangan terhadap sasaran Israel, tanpa menentukan pihak mana yang terlibat, serta menyatakan tahanan telah dihantar ke pihak keselamatan untuk soal siasat.

Radio Hebrew melaporkan rejim Zionis juga menahan tiga penduduk di bandar Tulkarem dan dua yang lain dari kampung Aroub di daerah al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz