Dua rakyat Palestin dihukum 7 tahun atas kesalahan membaling batu pada penjajah Israel

Jumaat , 21-09-2012 – Mahkamah tentera Israel memutuskan pada hari Isnin memenjarakan dua rakyat Palestin yang disabitkan membaling batu pada kenderaan penjajah Israel.

Mahkamah menjatuhkan hukuman, pada akhir sesi yang diadakan pada pagi Isnin, seorang pemuda Palestin yang berusia 21 tahun dan 19 tahun kepada tujuh tahun setengah penjara dan enam tahun setengah penjara setiap seorang.

Mahkamah penjajah telah mensabitkan dua pemuda Palestin membaling batu pada kereta peneroka Yahudi, mencederakan peneroka, di bandar Qalqilya di Bank Barat utara, kira-kira setahun setengah yang lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada