Kelab tahanan seru bebaskan segera dua pemogok lapar

Isnin, 24-09-2012 – Kelab tahanan Palestin berkata, peserta mogok lapar Hasan Assafadi dan Samer Barq berada dalam keadaan kesihatan yang kritikal dan mereka perlu dibebaskan segera.

Peguam kelab tersebut, Jawad Boulos pada petang Selasa melawat kedua-duanya di hospital Assaf Harofe dan memeriksa keadaan kesihatan mereka.

Boulos berkata, Barq berada di unit rawatan rapi sewaktu dilawat, tetapi para doktor menekankan bahawa keadaannya stabil buat masa ini. Peguam tersebut turut melawat Assafadi di bahagian perubatan dalaman dan mendapati beliau telah berada di situ selama 3 hari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati