Ahli Parlimen Abdel Razek dan Abdel Jawad meminta PA untuk menghentikan kempen penahanan

Selasa, 25-09-2012 – Ahli Parlimen Salfit, tawanan Dr Omar Abd al-Razek dan Dr Nasser Abd al-Jawad, mengecam penangkapan bekas banduan, wartawan Walid Khaled, oleh Pihak Berkuasa keamanan yang telah melanjutkan penahanan beliau untuk 15 hari tambahan, menuntut untuk segera melepaskan beliau dan semua tahanan politik.

2 Ahli Parlimen itu berkata dalam kenyataan akhbar pada hari Sabtu bahawa penahanan banduan bekas oleh Aparatur PA di Tebing Barat itu merupakan “menikam belakang tawanan yang berada di penjara penjajah zionis, yang mengorbankan belia untuk mempertahankan negara dan juga rakyat mereka. ”

Ahli Parlimen menganggap penerusan penahanan politik itu satu bukti “putarbelit PA dalam berurusan dengan fail tahanan, sebagaimana ketika ia mengutuk pencabulan penjajah itu terhadap banduan, ia mengejar tahanan itu baru-baru ini untuk dibebaskan dari penjara Israel dan menangkap mereka” seperti mana kes Walid Khaled.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada