Haniyeh: “Tiada kompromi dalam hal perlanggaran hak-hak kami”

Selasa, 25-09-2012 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menyatakan bahawa konvoi kesatuan bersama rakyat Palestin membuktikan isu Palestin bukan isu dalaman dan rakyat Palestin tidak sendirian dalam hal menentang pendudukan Israel.

Haniyeh menekankan ketika menerima konvoi “Fidelity 3” yang terdiri daripada bangsa Arab dan pelbagai bangsa lain bahawa rakyat Palestin akan terus menegakkan hak mereka serta menyeru dunia terus menyokong mereka.

“Semenanjung Gaza sentiasa terdedah kepada pelbagai kesusahan dan serangan, terutamanya kepungan yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dan perang yang dicetuskan oleh rejim untuk membebaskan tentera zionis, Gilad Shalit. Namun begitu, usaha Israel gagal dan Shalit hanya dibebaskan setelah 1047 tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel,” tambah Perdana Menteri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati