Israel Kepung 15 Pemuda di Masjid Al-Aqsa

Isnin , 15/10/2012 -Ketegangan masih mewarnai halaman Masjid Al-Aqsa. Pasukan Israel pagi Sabtu (6/10) menangkap Ala’ Al-Haddad, anggota Jawatankuasa Keluarga Tawanan Al-Quds ketika beliau berada di halaman Al-Aqsa. Sementara itu dua pemuda lainnya dibebaskan.

Sumber-sumber tempatan menyebutkan kepada wartawan PIP bahawa tentera Israel melakukan kekerasan terhadap pemuda bernama Jabarin Abduh dari daerah Ummu Fahm dekat gerbang Asbath dan menangkapnya. Pasukan Israel juga mengepung 15 pemuda Palestin di dalam Masjid Kibali Al-Aqsa untuk menangkap mereka.

Sementara itu, peniaga Palestin bernama Said Shalihi dari kota lama ditahan selama empat hari dan didenda sebanyak 1000 syekel. Shalihi dan beberapa ahli keluarganya ditangkap dan dikasari di depan kedainya di jalan Silsilah serta disembur dengan gas pemedih mata. Mereka ditangkap dan dipukul kerana menghalang warga ekstrimis yahudi membuat kacau di depan kedai mereka. Kelompok Yahudi ekstrim itu juga menghina Nabi Muhammad SAW.

sumber : COMES
penterjemah : osman