Abu Zuhri: Gaza terbuka untuk semua

Isnin , 15/10/2012 –Jurucakap Gerakan Hamas, Sami Abu Zuhri, menyeru gerakan Fatah di Tebing Barat agar menghentikan diskriminasi dan penahanan berdasarkan politik dan membebaskan tahanan di penjara pihak berkuasa Palestin agar Hamas dapat meneruskan penentangan terhadap rejim Israel.

“Gaza terbuka untuk semua, namun terdapat langkah-langkah perundangan diperlukan untuk lawatan parti politik”, Abu Zuhri memberitahu Akhbar Quds , dan menambah bahawa gerakan Fataj seharusnya mempertimbangkan kedudukannya kerana pembentukan semula gerakan itu di Semenanjung Gaza sedangkan pada masa yang sama Fatah bertujuan mengusir Hamas dari Tebing Barat yang mana menurut Abu Zuhri merupakan situasi yang tidak boleh diterima.

Kenyataan Abu Zuhri itu merupakan maklumbalas daripada pengumuman pemimpin Fatah di Semenanjung Gaza, Atef Abu Saif yang menyatakan jawatankuasa Perhubungan Antarabangsanya, Nabil Shaath akan kembali ke Gaza untuk menyusun semula gerakan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati