Dua lagi rakyat Palestin dibunuh dalam serangan Israel terbaru

Khamis, 18/10/2012 – 2 warga Palestin telah dibunuh dan 2 lagi cedera dalam serangan udara terbaru Israel ke atas Gaza pada petang Ahad, sumber perubatan memberitahu.

Dr Ashraf Al-Qudra, jurucakap kementerian kesihatan memberitahu wartawan PIC bahawa serangan ke atas bandar Dier Al-Balah, Gaza menyasarkan seorang lelaki yang sedang bermotorsikal.

Beliau berkata, Ezzuddin Abu Nusaira dan Ahmed Fatayer telah dibunuh di dalam pengeboman manakala dua yang lain cedera serius. Para mangsa serangan itu telah meningkat kepada 5 kematian dalam masa kurang dari 24 jam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati