Penjajah Yahudi melakukan perarakan anti Arab di Sheikh Jarrah, mengganggu penduduk asal Palestin

Khamis, 18/10/2012 – Beratus-ratus penjajah pelampau Yahudi menyerbu kawasan kejiranan Sheikh Jarrah di Jerusalem yang dijajah dan menyerang penduduk asal Palestin.

Menurut pusat media Al-Quds, penjajah berarak di bawah perlindungan tentera di seluruh kejiranan dan sengaja melakukan provokatif dan mengganggu penduduk Palestin dan orang yang lalu lalang.

Lebih 250 anggota polis dan tentera telah dikerahkan di seluruh kejiranan untuk melindungi penjajah untuk memastikan perarakan mereka selamat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada