AFEH: serangan berulang ke atas Aqsa bertujuan memulakan pembahagian

Khamis, 18/10/2012 – Yayasan Wakaf dan Warisan Aqsa (AFEH) telah memberi amaran bahawa serangan berulang ke atas masjid Aqsa merupakan permulaan untuk membahagikannya kepada golongan Muslim dan Yahudi.

Yayasan itu mengeluarkan kenyataan akhbar pada Selasa bahawa serbuang ke atas masjid oleh pendatang Yahudi dan tentera rejim Israel merupakan usaha mereka untuk mencetuskan situasi de facto.Turut didedahkan bahawa sekumpulan ahli Likud, termasuk ahli parlimen telah meminta Uri Ariel, pengerusi jawatankuasa pengawalan negeri di Knesset agar membenarkan upacara berdasarkan Talmud diadakan di masjid Aqsa.

AFEH turut menyatakan bahawa Ariel sendiri menyerbu masjid Aqsa pada Isnin bersama-sama pegawai ketenteraan Israel untuk merangka lebih banyak “lawatan” dari pendatang Yahudi ke kawasan suci Islam itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati