18 bekas tahanan dibenarkan pulang ke Tebing Barat

Khamis, 18/10/2012 – Akhbar Hebrew “Yediot Ahronot” pada hari Isnin melaporkan bahawa kerajaan Israel yang dipimpin oleh Netanyahu telah bersetuju untuk membenarkan 18 tahanan Palestin pulang kembali ke Tebing Barat sebagai sebahagian daripada perjanjian “Wafa al-Ahrar”.

Menurut nota dari Israel itu, 18 tahanan Palestin akan dibenarkan kembali ke Tebing Barat dari Semenanjung Gaza, di mana mereka telah dihantar pulang serta-merta berikutan mereka diumumkan sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan yang ditandatangani antara Israel dan Hamas Oktober lepas.

Yediot Ahronot menyatakan Israel telah bersetuju untuk langkah tersebut, tetapi identiti tahanan yang akan dibenarkan kembali sedang dirundingkan dan masih belum diketahui.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz