Khudari seru negara-negara penyumbang laksanakan projek di Gaza

Khamis, 25-10-2012 – Ahli parlimen bebas Jamal Al-Khudari menyeru negara-negara penyumbang agar melaksanakan projek pembinaan semula di Gaza yang terjejas akibat perang.

Beliau berkata demikian di dalam kenyataan akhbarnya pada Rabu bahawa projek pembinaan di Gaza akan menyumbang ke arah pembebasan dari sekatan.  Ahli parlimen itu mendakwa rejim Israel bertanggungjawab di atas kekurangan bahan-bahan asas dan pembinaan di Gaza. Beliau berkata, sekatan oleh Israel telah menyebabkan rakyat Gaza hidup di dalam kesusahan terutamanya dari aspek infrastruktur, tenaga, air dan system kumbahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati