Bersatu memprotes penahanan tahanan yang sakit.

Khamis, 25-10-2012 – Sebuah rapat umum telah diadakan pada hari Rabu di hadapan rumah Mohammed Al-Taj, yang berada dalam tahanan Israel serta mengalami masalah kesihatan yang serius.

Ibu tahanan memberitahu perhimpunan dan sidang akhbar bahawa keadaan kesihatan anaknya telah merosot dengan serius.

Beliau berkata bahawa Mohammed, yang sedang menjalani hukuman penjara 14 tahun sejak tahun 2003, mula mengadu sakit perut, batuk yang teruk dan kesukaran bernafas pada tahun 2005. Doktor penjara hanya memberinya sedatif sahaja, mengatakan bahawa dia hanya mengalami sakit perut, katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : farida