15 warga Palestin terkorban dibunuh tentera rejim Zionis di Gaza


Gaza, 11/8/2004 (islamonline.net) – Lebih kurang 15 warga Palestin terkorban apabila tentera rejim Zionis Israel bertindak ganas melepaskan peluru
berpandu ke arah kawasan perumahan kem pelarian Khan Younis di Selatan Gaza hari ini (Rabu, 11/8/2004).

Peluru berpandu yang dilepaskan oleh helikopter Apache milik tentera rejim Zionis itu dikatakan telah memusnahkan 10 buah rumah milik warga Palestin ketika mereka berada di dalam rumah-rumah Tersebut.

Pihak tentera rejim Zionis telah memulakan tindakan ganas seumpama itu semenjak tahun 2000 lagi dan telah meragut ribuan nyawa warga awam
Palestin yang kebanyakkannya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.