Kesihatan pemogok lapar semakin teruk

Rabu , 02-01-2013 - Kesihatan pemogok lapar Jafar Ezzuddin semakin banyak merosot di jajahan Israel. Um Hamza isterinya memberitahu wartawan PIC di kampung halamannya Arrabe, Jenin pada hari Selasa.

Beliau berkata bahawa suaminya telah kehilangan 12 kilogram berat badannya setakat ini dan telah mengalami tekanan darah yang tidak stabil dan lemah sehingga tidak dapat bergerak dengan sendiri.

Isteri memetik peguam sebagai berkata bahawa keadaan Jafar semakin teruk setiap hari tetapi dia berkeras berterusan dalam mogok lapar beliau sehingga keputusan tahanan pentadbiran Israel terhadapnya digugurkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

One thought on “Kesihatan pemogok lapar semakin teruk

Comments are closed.