Zionis halang guna kubur al-Aqsa


BAITULMAQDIS: Rejim Zionis, termasuk kumpulan pelampau Yahudi terus berusaha mencemari kesucian kawasan Masjid al-Aqsa dengan cubaan terbaru menghalang umat Islam dikebumikan di kawasan perkuburan lama yang turut menempatkan pusara sahabat Nabi Muhammad.

Malah, sebuah pergerakan pelampau Yahudi dikenali ?Moledet? mengemukakan permohonan mendapatkan perintah injunksi di sebuah mahkamah tinggi Yahudi bagi mengharamkan pengebumian umat Islam di kawasan perkuburan lama Masjid al-Aqsa, pintu al-Rahma yang menjadi persemadian Muslimin sejak 1,400 tahun lalu.

Kumpulan itu turut menggesa mahkamah terbabit mengharamkan sebarang usaha pengebumian baru sehinggalah satu keputusan rasmi mengenainya dibuat.

Pusat Penerangan Palestin melaporkan, rancangan jahat Yahudi itu didedahkan sendiri Pengarah Jabatan Wakaf Baitulmaqdis Adnan Al-Husseini.

Menurutnya, jabatan itu menerima notis perundangan mengenai perbuatan pelampau Yahudi berkenaan yang mendakwa pintu masuk Masjid al-Aqsa itu bukannya kawasan perkuburan rasmi dan tindakan sedemikian mencabuli undang-undang Israel.

?Permohonan mendapatkan perintah injunksi itu adalah bukti pencabulan terang-terangan Yahudi dalam hal ehwal Masjid al-Aqsa dan Jabatan Wakaf,? katanya. ? Agensi