January 14, 2013

Artis Argentina bersolidariti dengan tahanan Palestin

Written by

Isnin , 14-01-2013 - Artis dan aktivis hak asasi manusia Argentina, Elizabeth Drabkina mengumumkan solidariti beliau tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara penjajah Israel, sambil menunjukkan melalui lukisan beliau bahawa tahanan Palestin tidak berkeseorangan.

“Saya seorang aktivis di negara saya, bukan sahaja untuk hak asasi negara saya, juga untuk hak asasi penduduk lain di dunia, walaupun mereka beribu batu jauhnya, saya berfikir mereka adalah sebahagian daripada perjuangan yang sama. Kita tidak boleh mengharapkan kebebasan hanya untuk satu wilayah; kebebasan sebenar mestilah meluputi seluruh dunia, kerana kita tidak boleh bebas jika saudara kita yang lain tinggal di sebalik tembok, “Elizabeth, 23, dari Buenos Aires, Argentina ketika memberitahu pusat kajian tahanan dan hak asasi manusia, Ahrar .

Pada umur 19 tahun, saya mula mengkaji isu Palestin dengan cara saya sendiri, melalui buku, kertas kerja dokumentari dan internet, dan ia membawa saya seketika untuk memahami apa yang sedang berlaku, mengenal pasti penglibatan negara-negara yang membenarkan (dan meneruskan) penjara terbuka ini, negara-negara yang secara terbuka menyokong Israel, orang-orang yang berdiam dan mereka yang memilih untuk melihat ke arah lain, katanya, sambil menambah laman web Bahasa Inggeris Ahrar membantu beliau untuk mengetahui jenayah Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak bersenjata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Category : Berita Semasa

Proudly powered by WordPress and Sweet Tech Theme